Saturday 14 September 2013

Malaysia VS Singapore 2013
Ringgit Malaysia VS Singapore Dollar : Biasanya, berdasarkan laporan media arus perdana di Malaysia, rakyat Malaysia diminta jangan terlalu percaya kepada khabar angin dan digalakkan hanya berpandukan maklumat yang “sahih dan tepat” contohnya kitab Utusan Malaysia dan Berita TV3 serta berita RTM.
Dan berdasarkan laporan Bernama yang disiarkan oleh Yahoo Malaysia, ekonomi Malaysia kekal kukuh, aman, stabil, ekonomi Malaysia positif, mengukuh, pesat membangun, harga minyak masih termurah berbanding negara lain, kos sara hidup rendah, segala macam yang indah-indah belaka.
Contohnya, laporan berita Bernama pada 29 April 2013 satu minggu sebelum Pilihanraya Umum ke 13 (2013).

Rumah Urut Batin & Seks Berlambak Sekarang


isu-rumah-urut
Melihat sedutan rancangan 999 di TV3, tangkapan demi tangkapan dibuat ke atas premis yang berselindung atas nama rumah-rumah urut tetapi pada hakikatnya mereka mengambil kesempatan dengan menawarkan pakej lebih daripada itu termasuk seks dan batin kepada pelanggan. Malah rumah urut semakin berlambak sekarang ini.
tukang-urut
Sebelum ia menjadi lebih parah dan teruk, Kerajaan perlu dari sekarang bertindak. Setiap hari media melaporkan gejala sosial bertambah. Rumah urut yang ada pada hari ini sudah menyimpang jauh. Rumah urut bukanlah lagi tempat membetulkan urut-urat tergeliat semata,  malah tempat urut batin dan dalam masa yang sama ada servis sampingan yang melibatkan hubungan seks. Rumah urut menjadi tempat utama pelanggan yang gila seks untuk melepaskan geram tidak kira kepada warga asing atau warga Malaysia. Mereka menjadikan rumah urut sebagai tempat lepas nafsu.
Akibat permintaan semakin tinggi, pertumbuhan rumah urut semakin meningkat. Negeri Selangor, Penang, Kuala Lumpur dan Johor antara negeri yang banyak rumah urut.Negeri-negeri lain pun apa kurangnya. Tauke premis rumah urut biasanya akan ambil warga negara China dan Vietnam sebagai pekerja dengan menggunakan pas lawatan dan terus bekerja jadi GRO dan tukang urut.
rumah-urut2
Jangan biar Rumah Urut sebagai pusat pertumbuhan maksiat negara. Nak tunggu bila lagi, imej negara semakin terjejas, maksiat semakin meningkat, gejala sosial  meningkat, zina semakin meningkat, HIV semakin meningkat, anak muda juga ramai yang telah mencuba servis di “rumah urut”, ramai pelajar yang bekerja sampingan sebagai tukang urut.
Rumah Urut :
  • Biasanya lokasi di lot kedai sahaja. Ada papan tanda yang memaparkan kononnya mereka hanya menawarkan urut refleksologi semata dan memang mereka menawarkan pakej servis untuk mengurut sahaja. Terpulang kepada pelanggan nak mengurut kaki sahaja, urut badan atau ada servis khas iaitu urutan B2B atau pun hubungan seks
  • Tukang urut hanya akan mengurut mengikut pakej yang diambil oleh pelanggan. Biasanya antara RM50 hingga RM160 contohnya. Lepas dah urut, barulah mereka kan tawarkan lain-lain pakej lagi  termasuk hubungan seks. Ha…yang ini kena tambah sekian-sekian harga RM.
  • Ini yang buat rosak rumah-rumah urut di Malaysia
tukang-urut
Itu sebabnya rumah urut makin banyak ‘tumbuh’ bak “cendawan selepas hujan”. Bila dah banyak, taukey rumah urut terpaksa mencipta kelainan untuk menarik lebih ramai pelanggan. Ini kira macam konsep :
‘Demand’ n ‘Supply’
Memang dah terlalu banyak sekarang rumah urut atas nama spa, refleksologi dan urut tradisional. Rasanya semua orang tahu aktiviti sampingan yang ditawarkan di rumah urut. Kena pula tukang urutnya wanita genit yang berkulit putih gebu ataupun sawo matang. Jadi persoalannya sekarang bagaimana untuk menyelesaikan lambakan rumah urut seks dan batin di Malaysia ini? Anda ada cadangan selain daripada poll yang telah disediakan di bawah ini?

0 comments:

Post a Comment